Menu
Politik_Republik_China Struktur politikKetua kerajaan ROC merupakan Presiden Republik China , yang dipilih selama penggal empat tahun dengan tiket bersama Naib Presiden. Presiden mempunyai kuasa keatas lima cabang (Yuan) iaitu Yuan Eksekutif, Yuan Perwakilan, Yuan Kehakiman, dan Yuan Peperiksaan. Presiden melantik ahli Yuan Eksekutif sebagai ahli kabinetnya termasuk suatu Perdana Menteri Republik China yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pengendalian.
Badan utama perwakilan merupakan Yuan Perwakilan dengan 225 kerusi dimana 168 diisi dengan undi popular. Yang bakinya pula diagihkan antara proporsyen jumlah undi keseluruhan yang diterima parti (41 kerusi), wilayah jajahan seberang laut Cina (8 kerusi) dan kerusi khas penduduk asli Taiwan (8 kerusi). Ahli-ahli dewan ini berpenggal 3 tahun. Pada asalnya Dewan Undangan Nasional, sebagai badan berpelembagaan dan wakil rakyat amnya, mempunyai sedikit kuasa perwakilan, akan tetapi Dewan ini telah dimansuhkan pada tahun 2005 dan kuasa menggubal perlembagaan diserah kepada Yuan Perwakilan dan pengundi rakyat sejagat.
Menu
Politik_Republik_China Struktur politikBerkaitan
Politik Politik perubahan iklim Politik balas budi Politeknik Balik Pulau Politik Tunisia Politik Iran Politik identiti Politik Pulau Pinang 2008-2010 Politik di Jepun Politik Negeri SembilanRujukan
WikiPedia: Politik_Republik_China